Proton Persona SV..

Proton lancar Persona SV selepas Saga SV
image

SHAH ALAM – Proton Holdings Bhd hari ini melancarkan Proton Persona Super Value (SV) selepas mendapat maklum balas positif daripada pengguna Malaysia terhadap model Proton Saga Super Value yang dilancarkan Jun lepas.

    

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Lukman Ibrahim yang melancarkan model itu berkata untuk bersaing dengan pengeluar kereta lain, Persona SV menawarkan lebih banyak nilai tambah bagi setiap ringgit yang dibelanjakan pembeli.

    

Beliau berkata demikian pada pelancaran model itu sempena Karnival Pandu Uji Mega Bola! Bola! Bola!  Proton selama dua hari di kawasan parkir Stadium Shah Alam di sini.

    

Persona SV masih menggunakan enjin 1.6 liter Campro AIFM, namun ia kini dilengkapi brek cakera depan belakang, dua beg udara untuk keselamatan, cermin sisi bersekali lampu isyarat, sistem brek anti kekunci (ABS) dan  dan pengagihan daya kuasa brek elektronik (EBD) bagi meningkatkan keselamatan pemanduan, katanya.

    

Model ini juga dilengkapi rim aloi 15 inci dan didatangkan dalam tujuh warna iaitu putih, hitam  (tranquility black), gangsa (bronze garnet), perak (genetic silver), merah api (fire red), hijau (chiffon green), dan biru Atlantik (Atlantic Blue).

    

Beliau juga berkata jaminan untuk model ini sama seperti model Persona sebelum ini iaitu selama dua tahun atau 50,000 km.

    

Persona SV ditawarkan pada harga serendah RM44,938 seunit sehingga RM50,388, bergantung kepada warna, lokasi jualan dan sistem transmisi, berbanding model Persona sebelum ini yang dijual antara RM47,000 dan RM51,150.

    

Lukman berkata pengeluaran model Persona SV ini dibuat sempena kejayaan Proton mengeluarkan lebih setengah juta unit model Persona sejak dilancarkan pada 2007.

    

Ketua Pegawai Operasi (Komersil) Proton, Hisham Othman pula berkata Proton menyasarkan 2,400 unit Persona SV sebulan.

    

“Kami percaya kami boleh mencapai sasaran ini malah lebih lagi seperti  yang dialami dalam penjualan Saga SV,” katanya.

    

Lukman berkata setakat ini tempahan bagi model Saga SV mencecah 42,000 dan hampir 30,000 unit telah dihantar kepada pelanggan manakala jualan bagi model Saga, termasuk SV sebanyak 78,000 unit sebulan.

    

Beliau juga berkata model baharu Proton dijangka menemui pengguna di Malaysia pada separuh pertama tahun depan, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

    

Mengenai Karnival Pandu Uji yang bermula hari ini, beliau berkata ia merupakan antara strategi Proton untuk menarik pembeli kereta masa kini yang semakin berpengetahuan mengenai kereta dan memerlukan pengalaman memandu uji sesebuah kereta sebelum membuat keputusan pembelian.

    

Bagi tujuan itu, beliau berkata Proton menyediakan 79 kereta daripada model Suprima S,  Preve, Saga, Satria Neo dan Inspira.

    

Proton turut menawarkan diskaun sehingga 15 peratus untuk pembelian model terpilih sempena karnival itu. – Bernama

About nikpejal

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang urusan jual beli kenderaan baru Proton dan Perodua serta kenderaan import terpakai.

Posted on December 1, 2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: