Promosi Ulang Tahun ke 30 Tahun Proton

30 Tahun Anniversary #Proton

Proton tawar rebat kepada pelanggan yang lahir 1985

KUALA LUMPUR 8 Julai – Proton Holdings Bhd. (Proton) menawarkan rebat bernilai RM3,000 kepada pe­langgannya yang lahir pada tahun 1985 bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 proton yang genap esok, 9 Julai 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun kali ini, Proton turut menawarkan pakej trade-in kepada pelanggannya.

Ujarnya, tahun ini merupakan tahun yang istimewa bagi proton, sejak model Proton Saga pertama dikeluarkan, syarikat itu telah membantu memacu ekonomi Malaysia terutamanya bagi industri automotif.

Tahun ini saja katanya, Proton telah menyaksikan sebanyak 4 juta kenderaan telah dikeluarkan.

“Bagi tawaran ini, pemilik Proton boleh trade-in kereta lama dan digantikan dengan kereta Proton baharu dan juga akan menerima rebat sebanyak RM100 bagi setiap tahun semasa kenderaan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Proton turut menawarkan harga terendah bagi model Proton Saga iaitu sebanyak RM30,000 termasuk insurans dan cukai jalan.

“Kami turut menubuhkan dana di mana kita akan menyumbangkan RM30 bagi setiap pembelian kereta Proton untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

“Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh menikmati promosi kadar faedah 1.99 peratus setahun bagi mo­del Saga dan Iriz terpilih, skim pembiayaan 100 peratus bagi kakitangan kerajaan dan banyak lagi,” katanya.

Tawaran bersempena ulang tahun ke-30 Proton itu sah dari 9 Julai hingga 30 September 2015 di semua bilik pameran Proton di seluruh negara.

Sila rujuk sini ==> http://www.bayangandinamik.com/promotion

About nikpejal

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang urusan jual beli kenderaan baru Proton dan Perodua serta kenderaan import terpakai.

Posted on July 9, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: